Berita

Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) & Skim Tanah Rakyat (STR) Mukim Tembeling

pena_chu

KUALA TAHAN, 02 November 2021 - Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) & Skim Tanah Rakyat (STR) Mukim Tembeling diadakan di Dataran Jeti Kuala Tahan. Surat Kelulusan telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail sempena lawatan ke Daerah Jerantut.

Turut hadir bersama YB. Dato’ Haji Nazri bin Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang merangkap Adun Kawasan Pulau Tawar, YB. Mohd Zakhwan bin Ahmad Badarddin Adun Tahan, Puan Khairun Nissa binti Aris, Pegawai Daerah Jerantut serta Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato' Dr. Mohd Hizamri bin Mohd Yasin.

YAB Menteri Besar Pahang telah menyerahkan Surat Kelulusan Sementara Rumah Rakit Kuala Tahan dan Surat Kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Mukim Tembeling kepada 15 orang pemohon. STR Ladang Tembeling Jaya 2, Mukim Tembeling kepada 479 orang dengan keluasan lot 2 ekar bagi kegunaan pertanian (kelapa sawit), dan kelulusan STR bagi Kampung Teluk Manis, Mukim Tembeling kepada 30 orang dengan keluasan 4 ekar setiap peserta bagi kegunaan pertanian (getah).

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik https://www.facebook.com/Pejab...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 37 kali.


Kembali ke Atas