Berita

Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Kampung Pagi, Mukim Hulu Tembeling

pena_chu

KAMPUNG PAGI, 02 November 2021 - Sempena lawatan kerja ke Daerah Jerantut, Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Kampung Pagi, Mukim Hulu Tembeling diadakan di Balai Raya Kampung Pagi. Surat Kelulusan telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail.

YAB Menteri Besar Pahang telah menyerahkan kelulusan STR Perumahan Kampung Pagi Murni 1 & 2, Mukim Hulu Tembeling kepada 148 orang bagi membangunkan tapak rumah, serta kelulusan STR Ladang Kampung Pagi Bakti kepada 130 orang dengan keluasan lot 3 ekar setiap peserta bagi tujuan pertanian.

Turut hadir bersama YB. Dato’ Haji Nazri bin Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang merangkap Adun Kawasan Pulau Tawar, YB. Mohd Zakhwan bin Ahmad Badarddin Adun Tahan, Puan Khairun Nissa binti Aris, Pegawai Daerah Jerantut serta Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato' Dr. Mohd Hizamri bin Mohd Yasin.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik https://www.facebook.com/Pejab...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 14 kali.


Kembali ke Atas