Berita
Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Mukim Pulau Tawar dan Mukim Hulu Cheka, Notis 5A Mukim Pulau Tawar, Penyerahan Rumah Rakyat Pahang & Wang Ihsan Banjir Daerah Jerantut
JERANTUT, 03 November 2021 - Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Mukim Pulau Tawar dan Mukim Hulu Cheka, Notis 5A Mukim Pulau Tawar, Penyerahan Rumah Rakyat Pahang & Wang Ihsan Banjir Daerah Jerantut diadakan di Dewan Terbuka, Kompleks Galeri Mat Kilau, Pulau Tawar.
YAB Menteri Besar Pahang telah menyerahkan Surat Kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Kg Perak 2 Mukim Pulau Tawar seramai 54 orang, Surat Kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Sg. Cheka/Batu Balai Mukim Hulu Cheka seramai 206 orang, Surat Kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Sg. Sambau Mukim Pulau Tawar seramai 142 orang dan Surat Kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Sg. Tekam Utara (Simpang Y) seramai 35 orang. Manakala Surat Kelulusan Permohonan Pemberimilikan Tanah Sg. Siam 2 Mukim Pulau Tawar seramai 95 orang.
YAB Menteri Besar juga membuat penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 1 tahun 2021 yang melibatkan Parlimen Jerantut 1 unit, kawasan Pulau Tawar 2 unit, kawasan Tahan 2 unit dan kawasan Damak 2 unit. Selain itu penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 2 (Tambahan) kepada 8 beradik yatim piatu kematian ibu bapa akibat Covid-19 juga diberikan.
Penyerahan Wang Ihsan Banjir Monsun Timur Laut 2020/2021 seramai 1057 Ketua Isi Rumah (KIR) juga diberikan dalam majlis ini.
Turut hadir YB. Dato’ Haji Nazri bin Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang merangkap ADN Pulau Tawar, Dato' Sri Hj Mohd Johari Bin Hussain (Exco Pahang), Dato' Sri Dr Sallehuddin Bin Ishak ( YB Setiausaha Kerajaan Pahang), YB Dato' Sri Haji Mohamed Bin Hj Jaafar (ADN Jenderak), YB Ustaz Mohd Zakhwan bin Ahmad Badarddin (ADN Tahan), Puan Khairun Nissa binti Aris (Pegawai Daerah Jerantut), Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Daerah Jerantut Dan Pengerusi JKKK & JKKR Dun Pulau Tawar.
Untuk melihat gambar keseluruhan, sila klik https://www.facebook.com/Pejab...
Kembali ke Atas