Berita

Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang Bersama-sama Penjawat Awam dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut

pena_chu

JERANTUT, 03 November 2021 - Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang Bersama-sama Penjawat Awam dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut diadakan di Dewan Utama, Majlis Daerah Jerantut sempena Lawatan Kerja ke Daerah Jerantut.

YAB Menteri Besar Pahang telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada sebelas orang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Turut hadir di majlis tersebut Exco-Exco Negeri Pahang, Setiausaha Kerajaan Pahang, Pegawai Daerah Jerantut dan Ketua-Ketua Jabatan di Daerah Jerantut.

Menteri Besar juga telah melepaskan misi penghantaran bantuan bekalan banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai persediaan menghadapi bencana.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik https://www.facebook.com/Pejab...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 25 kali.


Kembali ke Atas