Berita
Mesyuarat Agong Kali Ke-27 Tahun 2020 Badan Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut
JERANTUT, 17 Disember 2021 - Mesyuarat Agong Kali Ke-27 Tahun 2020 Badan Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut atau lebih dikenali dengan nama Kelab DATA Baru telah diadakan pada 15 Disember 2021 secara hibrid di Bilik Gerakan, PDT Jerantut dan aplikasi Google Meet.
Pembentangan aktiviti dan laporan kewangan bagi tahun sebelumnya telah dibentangkan di dalam mesyuarat tersebut. Beberapa usul baru juga telah dibentangkan pada mesyuarat yang diadakan pada kali ini dengan mematuhi 'Standard Operating Procedure’ (SOP) bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.
Seterusnya sesi memperkenalkan barisan kepimpinan baru Ahli Jawatankuasa Kelab DATA Baru, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut bagi sesi 2020/2021 kepada semua ahli kelab. Tahniah diucapkan.
Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut – Posts | Facebook
Kembali ke Atas