Berita
Pegawai Daerah Jerantut Salah Seorang Penerima Di Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur
PEKAN, 08 Disember 2022 – Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa binti Aris telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 162 penerima. Majlis istiadat berkenaan telah diadakan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-63 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 17 kali.
Kembali ke Atas