Berita

Pelaksanaan Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Negeri Pahang - Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut Secara Dalam Talian

pena_chu

JERANTUT, 08 November 2021 – Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah diaudit secara dalam talian bagi Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Negeri Pahang. Pengauditan telah dilaksanakan oleh Encik Azrul Sharill Bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang.

Turut menjadi auditor adalah Encik Zulkifli Bin Ali, Penolong Pegawai Tanah Kanan, Encik Adam Sanusi Bin Abdul Malek, Penolong Pegawai Tadbir dan Puan Rosziana Binti Mustafa Kamar, Pembantu Tadbir (P/O) di PTG Pahang.

Turut hadir adalah Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa binti Aris dan pegawai-pegawai yang terlibat di dalam proses pengauditan.

Semoga dengan pengauditan ini dapat membantu jabatan dalam menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Selain itu, ianya juga menjadi penanda aras kepada jabatan di dalam menambahbaik perkhidmatan yang diberikan.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik https://www.facebook.com/Pejab...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 40 kali.


Kembali ke Atas