Berita
Pelantikan dan Pertukaran 17 Pegawai Kerajaan Negeri
KUANTAN, 03 Februari 2020 - Kerajaan Negeri membuat pelantikan dan pertukaran melibatkan 17 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang di negeri ini.
Kesemua surat lantikan, kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan telah disampaikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.
Antara pegawai yang terlibat ialah YH. Dato’ Indera Mohamad Roslan Harun yang dilantik khas sebagai Penasihat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut ditukarkan ialah Encik Amir Syaffiq Hamzah yang menjawat Setiausaha Sulit kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang sebelum ini merupakan Setiausaha Majlis Daerah Lipis.
Selain itu, antara yang turut ditukarkan ialah Pengarah Tanah dan Galian Pahang, YH. Dato’ Indera Nazri Abu Bakar yang ditempatkan sebagai Pegawai Kewangan Negeri; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YH. Dato’ Haji Fadzilla Haji Salleh ditempatkan sebagai Pengarah Tanah dan Galian Pahang dan Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato’ Razihan Adzharuddin pula ditempatkan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan).
Turut ditukarkan adalah Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Puan Khairun Nissa Aris yang ditempatkan sebagai Pegawai Daerah Jerantut menggantikan YM Tengku Khairul Zahirah Tengku Kamaludin yang ditempatkan sebagai Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat SUK.
Manakala mantan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat SUK, YH. Dato’ Zaman Azam Mohamat Sarif@Ahmat pula ditempatkan sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri menggantikan YH. Dato’ Ali Syahbana Sabaruddin yang ditukarkan sebagai Pegawai Daerah Temerloh.
Bagi Ketua Penolong Pegawai Daerah Bera pula dijawat oleh Encik Nik Mohd Azrul Abdul Ghafar yang sebelum ini Ketua Penolong Pegawai Daerah Pekan. Beliau menggantikan Encik Astar Kumaroov Mohammad yang ditempatkan sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Sementara itu, Puan Laily Abd Wahab yang sebelum ini menjawat Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ditukarkan kepada Ketua Penolong Pegawai Kewangan menggantikan Encik Jumshoiry Novdany Mohd Sulaiman yang menjawat Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri.
Bagi jawatan Ketua Penolong Setiausaha, Unit Integriti pula dijawat oleh Puan Nik Munirah Muhd Nur yang sebelum ini Ketua Penolong Pegawai Kewangan. Beliau menggantikan Puan Roslinda Ab. Razak yang ditempatkan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Pahang.
Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Pahang sebelum ini Puan Suhaili Daud pula ditukarkan sebagai Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia menggantikan Puan Halizah Osman yang menjawat Ketua Penolong Pegawai Kewangan.
Dato’ Sri Dr Salehuddin dalam amanatnya turut mengingatkan penjawat awam menjalankan tugas dengan baik dalam memastikan hala tuju kerajaan dapat dicapai.
“Penjawat awam merupakan tulang belakang pentadbiran di mana-mana negeri dan negara kerana tanpa penjawat awam apa sahaja keputusan yang dirancang tidak boleh dilaksanakan
“Semua jabatan juga perlu bekerja umpama satu syarikat yang besar dan semua jabatan perlu bersiap sedia kepada satu arah untuk memastikan hasrat kerajaan negeri dapat dipenuhi,” katanya.
Sumber Dari Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP).
Kembali ke Atas