Berita

Penilaian Akhir Sistem Penarafan Bintang (SSR) Tahun 2022 Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut

pena_chu

JERANTUT, 08 Julai 2022 – Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menerima kunjungan Panel Penilai Sistem Penarafan Bintang (SSR) 2022 pada 05 hingga 06 Julai 2022. Ketua Panel diketuai oleh Tuan Haji Muhammad Shahril Azizi bin Abd Gapar, Pentadbir Tanah Daerah Mersing.

Turut hadir barisan panel penilai yang lain dari Pejabat Tanah Hulu Terengganu, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Pegawai dari Arkib Negara Malaysia.

Pengauditan merangkumi Komponen A-Pengurusan, Komponen B-Perkhidmatan Teras dan Komponen C-Pengurusan Pelanggan.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut – Posts | Facebook

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 18 kali.


Kembali ke Atas