Berita
Penyerahan Wang Ihsan Mangsa Banjir 2021 Kerajaan Negeri Pahang
JERANTUT, 04 Mac 2021 - Penyerahan wang ihsan mangsa banjir 2021 Kerajaan Negeri Pahang Peringkat Daerah Jerantut telah diadakan pula di Galeri Mat Kilau, Pulau Tawar, Jerantut dengan seramai 64 orang penerima wang ihsan.
Seterusnya penyerahan wang ihsan bergerak pula ke Dewan Semai Bakti Felda Kota Gelanggi 1 dengan penerima seramai 65 orang. Seramai 82 orang penerima telah menerima wang ihsan di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Tekam Getah.
Penyerahan wang ihsan diakhiri dengan seramai 67 orang penerima di Dewan Tun Razak PPPTR. Kesemua penyerahan wang ihsan ini telah disampaikan oleh YB. Dato’ Haji Nazri bin Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang merangkap Adun Kawasan Pulau Tawar dan Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa binti Aris.
Kembali ke Atas