Berita
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Sekitar Bandar Jerantut
JERANTUT, 26 Jun 2021 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di kawasan sekitar Bandar Jerantut.
Dalam tempoh 15 hari sehingga 26 Jun 2021, terdapat 186 kes positif COVID-19 telah dilaporkan di sekitar bandar Jerantut selepas 421 orang penduduk menjalani ujian saringan.
KKM mendapati berlaku peningkatan yang ketara di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan sekitar Bandar Jerantut, berkuat kuasa 28 Jun sehingga 11 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat penularan jangkitan serta memastikan penduduk berisiko kekal berada dalam kawasan.
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan
Kembali ke Atas