Berita

Program Jerayawara Pengurusan Kewangan Dan Kredit Bagi Penjawat Awam Bersama PDT Jerantut Tahun 2022

pena_chu

JERANTUT, 15 April 2022 – Program Jerayawara Pengurusan Kewangan Dan Kredit Bagi Penjawat Awam telah diadakan pada 28 Mac 2022 di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Program ini adalah mengenai pengurusan kewangan yang terbaik bagi penjawat awam.

Taklimat telah disampaikan dalam 3 slot. Slot pertama bertajuk Pengenalan Kepada Industri Pelaporan Kredit yang telah disampaikan oleh Puan Puteh Soraya binti Abdul Rahman, Timbalan Pendaftar di Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, Kementerian Kewangan.
Slot kedua pula bertajuk Keterhutangan Serius Penjawat Awam dan Kesannya Terhadap Perkhidmatan. Ianya telah disampaikan oleh Encik Muhammad Fikri bin Kamarjaman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan, Unit Laporan Ketua Audit Negara dan Operasi Khas (ULKAN & OK), Jabatan Perkhidmatan Awam.

Manakala slot ketiga telah disampaikan oleh Puan Zuraidah binti Ahmad, Senior Manager & Head of Consumer Direct , Experian Information Services Sdn. Bhd. Beliau menyampaikan taklimat yang bertajuk Kepentingan Laporan Kredit dan Mekanisme Meningkatkan Skor Kredit.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut – Posts | Facebook

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 3 kali.


Kembali ke Atas