Berita

Program Pahang Hiking Day 2022 Peringkat Daerah Jerantut.

JERANTUT, 20 Mac 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli menyempurnakan dan bersama-sama dalam menyertai Pahang Hiking Day 2022 di Bukit Merah, Padang Piol, Jerantut.

Turut hadir bersama Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Hj. Wan Rosdy bin Wan Ismail, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri bin Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang merangkap ADN Pulau Tawar, YB. Mohd Zakhwan bin Ahmad Badarddin, ADN Tahan dan Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa binti Aris

Program diadakan bertujuan untuk merasmikan mercu tanda Bukit Merah sebagai salah satu tempat tarikan  untuk aktiviti pendakian dan pelancongan yang terdapat di negeri Pahang. Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang dan kerjasama daripada beberapa pihak lain termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Program ini juga berlangsung serentak di seluruh negeri Pahang melibatkan 13 lokasi bagi mempromosikan tempat tarikan tersebut kepada umum. Program ini telah berjalan lancar dengan mematuhi SOP sepanjang ia berlangsung. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 38 kali.


Kembali ke Atas