Berita

Program Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang Murid-Murid Tingkatan 5 dan 6 Daerah Jerantut

pena_chu

JERANTUT, 11 November 2022 - Seramai 1,672 orang penerima yang melibatkan 20 buah Sekolah Menengah di Daerah Jerantut telah diraikan di dalam Program Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang Murid-Murid Tingkatan 5 dan 6 Daerah Jerantut. Program Penyerahan Bantuan Prihatin telah diadakan di Dewan Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMKA TAHAP).

Penyerahan Bantuan Prihatin telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa binti Aris. Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut, Encik Nazli bin Mahmud.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut – Posts | Facebook



Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 27 kali.


Kembali ke Atas