Berita

Program Penyerahan Wang Ihsan Mangsa Banjir Tidak Berpindah Ke PPS

pena_chu

JERANTUT, 17 Januari 2022 - Seramai 190 orang mangsa banjir yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Jerantut menerima Bantuan Wang Ihsan. Penyerahan wang ihsan melibatkan penerima dari DN Tahan, DN Damak dan DN Pulau Tawar.

Bantuan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Tawar, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut.

Turut hadir, Ketua Penolong Pegawai Daerah Jerantut, Puan Arfah binti Ahmad Robangi, Penolong Pegawai Daerah, Encik Mohd Firdaus bin Hamid, Penghulu Mukim serta pegawai dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jerantut.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut – Posts | Facebook

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 31 kali.


Kembali ke Atas