Berita

Program Vaksinasi Covid-19 Remaja Daerah Jerantut

pena_chu

JERANTUT, 22 September 2021- Program Vaksinasi Covid-19 Remaja Daerah Jerantut telah diadakan bermula pada 21 September 2021 sehingga 25 September 2021 di lapan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Jerantut.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tersebut ialah ADTEC Jerantut, Dewan Dato' Chu Rahimah, Klinik Kesihatan Lepar Utara 4, Klinik Kesihatan Sg. Tekam Utara, Klinik Kesihatan Padang Piol, Klinik Kesihatan Damak, Dewan Semai Bakti Felda Jengka 8 dan XCape Resort Kuala Tahan.

Program Vaksinasi Covid-19 ini tertumpu kepada pelajar-pelajar sekolah yang berumur 16 tahun dan 17 tahun.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 157 kali.


Kembali ke Atas