Berita

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut dikunjungi oleh Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Bera

pena_chu

JERANTUT, 08 September 2022 -  Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut telah dikunjungi oleh Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Bera yang terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bera, Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Polis Daerah Bera dan Bomba Daerah Bera. 

Turut hadir wakil dari Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut, IPD Jerantut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Jerantut, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Jerantut, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Jerantut serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jerantut.

Tujuan kunjungan kali ini adalah untuk melihat dan bertukar-tukar pandangan mengenai pengurusan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah serta menjalinkan kerjasama dalam pengurusan bencana khususnya bencana banjir. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 5 kali.


Kembali ke Atas