Berita

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Jerantut 2022

pena_chu

JERANTUT, 31 Ogos 2022 - Kemeriahan dan kehangatan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Jerantut 2022 dapat dilihat dan dirasai pada acara perbarisan dan perarakan yang berlangsung di Padang FA, Jerantut. 

Semangat patriotik dan rasa teruja dapat dilihat pada segenap lapisan masyarakat di daerah ini apabila mereka hadir untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.

Ketiadaan sambutan Hari Kebangsaan secara besar-besaran selama dua tahun ekoran pandemik COVID-19 meningkatkan semangat patriotik rakyat Malaysia untuk membawa seisi keluarga termasuk anak masing-masing untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan sambutan kali ini.

Sebanyak 31 kontinjen yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi serta persatuan telah menyertai perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-65.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut – Posts | Facebook

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 3 kali.


Kembali ke Atas