Berita

Sambutan Merdeka 2020 Dalam Norma Baru

pena_chu

JERANTUT, 03 September 2020 - Diiringi semangat cintakan tanah air yang membara, sambutan Hari Kebangsaan 2020 berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut pada 31 Ogos 2020 dalam persekitaran norma baru. Namun tetap penuh bermakna, ketika negara masih berjuang mendepani pandemik Covid-19.

Bertemakan 'Malaysia Prihatin' dengan atur cara sederhana, kehadiran di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut yang julung kali dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan dihadiri oleh tetamu yang terhad bagi memastikan majlis berjalan mengikut prosedur operasi standard. Hadirin perlu melakukan saringan suhu badan dan mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera serta memakai pelitup muka sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19, manakala kerusi disusun dengan jarak satu meter antara satu sama lain sebagai mematuhi penjarakan fizikal.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 96 kali.


Kembali ke Atas