Berita

Tahniah PDT Jerantut - 5 Bintang Milikmu

pena_chu

JERANTUT, 30 Oktober 2020 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menerima kunjungan Panel Penilai Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR) pada 27 hingga 28 Oktober 2020 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR) kali ini diketuai oleh Puan Nurul Aini binti Mohammad, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Unit Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan dibantu seramai 5 orang panel penilai dari pelbagai jabatan di bawah pentadbiran Negeri Pahang.

Sesi pengauditan yang berlangsung selama 2 hari ini merangkumi semua aspek berkaitan pengurusan organisasi, perkhidmatan teras iaitu pengurusan tanah dan pengurusan pelanggan. 

Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah berjaya mendapat 5 bintang bagi Sistem Penarafan Bintang (SSR) pada tahun 2020. Semoga dengan penarafan ini akan menjadikan jabatan ini lebih maju ke hadapan dalam menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 119 kali.


Kembali ke Atas