Berita
Taklimat Berkenaan Cukai Taksiran dan Dividen Tahunan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
JERANTUT, 23 April 2021 – Taklimat berkenaan taksiran cukai dan dividen tahunan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Taklimat telah disampaikan oleh Ahmad Syazwan bin Ahmad Sauti, Pengurus Cawangan Pejabat PTPTN Temerloh.
Turut hadir bersama dua orang pegawai dari Pejabat PTPTN Temerloh. Taklimat diadakan dengan mengekalkan pematuhan SOP Pandemik Covid-19. Objektif taklimat adalah berkenaan mentaliti pinjaman kepada penabungan.
Perkhidmatan kaunter pendaftaran/pembukaan akaun SSPN sebagai syarat utama memohon pinjaman PTPTN juga dibuka selepas sesi taklimat. Kesedaran menyimpan itu penting untuk masa hadapan anak-anak bagi memastikan mereka tidak dibebani oleh hutang apabila tamat pengajian kelak.
Kembali ke Atas