Berita
Tiga Anugerah Milik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut Di Malam Anugerah Pahang 1st
KUANTAN, 29 Disember 2022 – Malam Anugerah Pahang 1st yang julung kalinya telah diadakan di Dewan Bandaraya Kompleks Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Kuantan semalam.
Pada malam itu, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang System Star Rating (SSR) dengan mendapat 5 bintang serta Pingat Perak Anugerah Pentadbiran Cemerlang (Sektor Hasil). Jabatan turut menerima Anugerah bagi Kejayaan Kutipan Hasil Tahun 2022.
Anugerah berprestij ini merupakan satu pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri Pahang kepada jabatan. Anugerah telah disampaikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak.
Hadir sama ialah YB. Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, YB Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin dan barisan Exco Kerajaan Pahang.
Tahniah Pegawai Daerah Jerantut, Dato' Khairun Nissa binti Aris dan seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut di atas pencapaian ini di Malam Anugeraha Pahang 1st.
Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut – Posts | Facebook
Kembali ke Atas