Berita
Universiti Malaysia Pahang (UMP) melawat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut
JERANTUT, 07 Jun 2022 - Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut pada 2 Jun 2022, Khamis. Lawatan ini diketuai oleh Ts. Dr. Azizan Ramli, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Pascasiswazah), Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang bersama 3 orang lagi pegawai.
Tujuan lawatan adalah untuk melihat dengan lebih dekat pengoperasian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut. Taklimat mengenai pengoperasian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut telah disampaikan oleh ASP Lim Meng Chea dari IPD Daerah Jerantut.
Turut hadir bersama pegawai-pegawai daripada Anggota Pertahanan Awam (APM) Daerah Jerantut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Jerantut, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Jerantut, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Jerantut, Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Daerah Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut serta pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Bera.
Kembali ke Atas