Piagam Pelanggan
BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH
BIL | PIAGAM PELANGGAN |
1 | Memproses Permohonan Pemberimilikan Tanah Kerajaan (Sek. 76 KTN) 4 hektar ke bawah untuk diangkat ke Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah (JKPTD). |
2 | Memproses Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) (Sek. 65 KTN) untuk diangkat/kelulusan Pentadbir Tanah Daerah/Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah (JKPTD). |
3 |
Memproses Permohonan Perizaban Tanah Kerajaan (Sek. 62 KTN) untuk diangkat ke Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah (JKPTD). |
4 | Memproses Permohonan Lanjut Tempoh Pajakan untuk diangkat ke Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 6 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
5 | Memproses Permohonan Meminda Syarat Nyata Tanah Daripada Pertanian Kepada Pertanian (Bagi Keluasan Yang Kurang Daripada 4 Hektar atau Hakmilik Pejabat Tanah) dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima. |
6 | Memproses Permohonan Menukar Kategori Kegunaan Tanah Daripada Pertanian Kepada Bangunan dalam tempoh 6 bulan selepas permohonan yang lengkap diterima. |
7 | Memproses Permohonan Tukar Syarat Kegunaan Tanah Dan Serentak Pecah Sempadan dalam tempoh 6 bulan selepas permohonan yang lengkap diterima. |
8 | Memproses Permohonan Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula dalam tempoh 3 bulan daripada terima permohonan OSC sehingga fail yang lengkap diterima. |
9 | Memproses Permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian Tanah Dan Penyatuan Tanah dalam tempoh 6 bulan selepas permohonan yang lengkap diterima. |
10 | Memproses Permohonan Penyerahan Balik Sebahagian Tanah Dan Kelulusan Bahagian dalam tempoh 6 bulan selepas permohonan yang lengkap diterima. |
11 | Memproses laporan tanah bagi Permohonan Lombong dalam masa 1 bulan selepas permohonan yang lengkap diterima. |
12 | Memproses Permohonan Hak Lalulalang Persendirian dalam tempoh 12 bulan selepas permohonan yang lengkap diterima. |
13 | Menyempurnakan pendaftaran hakmilik baru dalam tempoh 3 hari. |
14 | Menyempurnakan pendaftaran urusniaga dalam tempoh 1 hari selepas menerima perserahan yang lengkap di kaunter. |
15 | Menyempurnakan pendaftaran bukan urusniaga dalam tempoh 7 hari selepas menerima perserahan yang lengkap di kaunter. |
16 | Mengadakan siasatan perintah jual dalam tempoh 6 bulan dari tarikh terima permohonan perintah jual. |
17 | Memproses permohonan baru permit 4B dalam tempoh 6 bulan selepas permohonan yang lengkap diterima. |
18 | Memproses permohonan baru permit 4C dalam tempoh 30 hari selepas permohonan yang lengkap diterima. |
19 | Memproses penerimaan hasil tanah dalam tempoh 10 minit bagi setiap transaksi. |
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH
BIL | PIAGAM PELANGGAN |
1 | Memantau pelaksanaan projek-projek kecil (PAMS/Peruntukan Ahli Parlimen/Peruntukan AND/Dana Khas/Keagamaan/lain-lain peruntukan dalam tahun kewangan semasa) mengikut arahan/garis panduan yang telah ditetapkan. |
2 | Memproses pendaftaran peserta e-kasih untuk diangkat ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Mesyuarat Focus Group (FGD). |
BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH
BIL | PIAGAM PELANGGAN |
1 | Memastikan pembayaran bil dan tuntutan diselesaikan dengan kadar yang segera tidak lewat dari 14 hari dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 103(a). |
2 | Menyelesaikan aduan pelanggan mengikut keutamaan aduan: Aduan mudah diselesaikan - 7 hari |
Tarikh Kemaskini: 09/11/2022 12:40:42
Kembali ke Atas